Follow Me

step pertama sudah bermula

salam u all..
pejam celik pejam celik dah masuk 30minggu kandungan dayah....
oh hati sapa xgelisah,hati sapa xterasa debaran...
debaran yang lebih berdebar dari debaran sewaktu akad nikah...
lebih berdebar sewartu malam pertama *nyeh nyeh nyeh, oh tapi itu kenyataannya...
menanti org baru dalam keluarga...
mampukah? mampu kah untuk mengeluarkannya??
hanya Allah sj yang tahu jawapannya itu...
dayah hanya mampu menyerah pada Nya..
tawakal dan melakukan sehabis yang boleh...Insyallah
masuk ke 30minggu...dayah di sarankan buat urutan perineum menggunakan minyak kelapa dara yang hubby belikan 1 set dengan set bersalin...
jenama yang dayah impikan adalah "TANAMERA"



apakah itu urutan perineum ??
ahakz urutan di bahagian tutttttttttttttt.....
urutan ni di buat supaya kawasan vagina jd lembut dan mudah membuka sepenuhnya bila melahirkan nnti....
cara2 nyer hehehe 



yang rasa geli or terdetik dalam hati say "eee benda mcm ni pon nk cerita dalam blog...buat malu ehhh"
sila jgn teruskan membaca ye.... klik pangkah je di blog dayah nih...
*nak malu apakah ini ilmu...dan benda ni xpayah dok buat malu ke hape ke...semua orang akan merasai sekiranya dia mengandung... so x heran lah fakta2 mcm ni di kongsikan bersama kn...

info ni dayah dapat dari pakcik google...kebetulan hubby beli set tanamera pon syorkan buat urutan tu....
cara2 dia lebih kurang mcm ni....

"urutan permukaan faraj sebelum bersalin atau antenatal preneal massage"

Apakah 'perineum"?

Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.

Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?

Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.

Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?

 Lakukan "Perineal Massage"
 Menggunakan 1 atau 2 jari
 Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 
Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!

Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?

Tidak ada.
Senang dilakukan.
Tidak menyakitkan.
Tidak perlu bayaran.

Tatacara mengurut perineum

Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
Sapukan pelicin minyak . Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
 Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.

SELAMAT MENCUBA ;)




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...