Follow Me

kalau masa tu...



Kehilangan itu sungguh menyakitkan bukan ?
Sakit yang tiada penghujungnya
Bila-bila lagi kehilangan orang yang begitu bermakna dalam hidup kita
Yang mendengar setiap keluhan kita, jatuh bangun kita
Tipu andai diri ini tak merindui semua itu
Andai dapat ku undur putaran dunia
Pasti akanku abadikan segala kenangan manis bersama mereka
Sebagaimana kalian semua melakukannya
Tipu andai diri ini tak mencemburuinya
Biar lah tersimpan jauh dilubuk hati ini
Kehilangan cinta itu adalah lumrah kehidupan
Pasti belum temui yang sesuai denganmu
Bersabarlah..
Pasti kau akan terima ganjaran atas kesabaran itu
Pasti akan hadir seseorang yang akan mencuri hatimu
Senyuman itu hanya luaran
Yang mampu memberi 1001 andaian
Senyumlah semampu yang boleh
Andai itu dapat menggembirakan hati mereka
Kita tak mampu nak menggembirakan hati semua orang
Termasuk diri yang lara ini
Insan yang hidup dengan memori
Bukan kerana takut menghadapi realiti
tetapi memori itu yang membuatkan aku mampu berdiri..



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...