Follow Me

kek cool cheese

salam u all.
kali ni dayah try pulak buat kek cool cheese..saje je nk cuba mentang2 la my hubby nak balik parit buntaq tetiba je rasa rajin pulak..konon2 nyer nk buat untuk en.suami la nih
ok bahan2nya:

cream cheese,senang je nk cari krim keju nih...hampa p je JJ ke,tesco je,econsave ke,minat ke,billoin ke p bahagian beku,ala yg ada juai susu,mentega,keju pas tu hampa cari perkataan cream cheese,jumpak je pekataan tu,memey sah itu la yg di cari...cream cheese ni ada banyak jenis..ekot pada jenama... harga dalam rm8 ke rm13 x silap dayah.
so dayah pilih jenama dalam gambaq di atas sebab kat econsave hat tu ja yg ada...


susu cap junjung


biskut keju....kalau boleh cari biskut keju hat dalam gambaq ni,baru la terbaik,oleh kerana susah nk cari biskut ni kat semenanjung jadi dayah beli biskut keju jenis hat dalam gambaq kat bawah ni ha....



susu dutch lady
nestum



cara-cara buat dia senang je semudah 123 dan ABC

mula2 kita pukul cream cheese ni dengan susu cap junjung tu...dayah guna separuh je susu tu sebab x mo manis sangat...kalau hampa buat ekot hampa la nk manis lagu mana kan...hat tu terpulang la...janji hampa rasa sedap sudah..pukul bagi kembang na.



lepas tu ambik biskut,kita main celup2 pulak dengan susu dutch lady,celup la dalam seminit ....

lepas tu susun biskut tu dalam bekas...ala susun mcm susun batu bata tu ha....cuma jgn dok gatai bubuh simen sudah la na.

lepas susun,ambik krim keju yg telah kembang tadi bubuh atas biskut yg telah disusun...lepas tu tabuq kan la nestum di atas lapisan keju tu...dulangi aktiviti ini berulang kali sehingga terasa kepenatan...
dah siap membuat aktiviti aktiviti tersebut...sila letakkan susunan tadi di dalam peti ais,biaq kan seharian,dan esok nyer baru la di potong....
sapa yg minat gila akan cheese mesti tersa penantian nk tunggu esok tu 1 penyeksaan...haha mcm tu jugak la dayah...tapi demi nk tengok hasil nyer ceq buat2 la lupa akan kek cool cheese ni...seketika... 

dan ini la hasil nya....dah la belemak berkrim pulak tu nyum2...bukan nk puji masakan sendiri tapi ceq suka tang cheese tu ....arhhhhh rasa mcm nk buat lagi jew...anda try la....y not mesti terasa begitu bahagia... hidang pulak kan suami...ammmaaahhhh~ 
selamat mencuba =)





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...